19,631 Kes Positif Baharu Covid-19, 293 Lagi Kematian

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 19,631 kes Covid-19 dan 293 kematian setakat hari ini dengan jumlah keseluruhan kematian melebihi 13,000.

Dalam kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah jangkitan kini 1,444,270.

Katanya, terdapat 16,468 kes pulih, menjadikan jumlah pesakit yang sembuh daripada Covid-19 sebanyak 1,179,046.

Terdapat 252,147 kes aktif dan 1,054 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 525 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 293 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 13,077 kes.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 5,753.

Diikuti Sabah (2,103), Kedah (1,863), Kuala Lumpur (1,765), Johor (1,309), Kelantan (1,268), Pulau Pinang (1,275), Perak (1,101), Sarawak (835), Pahang (670), Melaka (623), Terengganu (498), Negeri Sembilan (490), Putrajaya (41) dan Perlis (37).

Labuan tidak mencatatkan jangkitan baru hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *