Sabah Rekod 2,103 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan rekod tertinggi hari ini dengan 2,103 kes Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataannya berkata, jumlah kes baharu itu mencatatkan peningkatan sebanyak 375 kes berbanding semalam.

Menurutnya, Kota Kinabalu kekal merekodkan kes tertinggi dengan 467 kes, diikuti Tawau 255 kes, Sandakan 208 kes, Tuaran 200 kes, Keningau 163 kes, dan Penampang 135 kes.

Katanya, Lahad Datu merekodkan sebanyak 78  kes, Kota Belud 71   kes, Tenom 61 kes, Ranau 57 kes, Papar 56 kes, Telupid 48 kes, Putatan 41  kes, Kinabatangan 40 kes, dan Beaufort 39  kes.

“Daerah Sipitang merekodkan sebanyak 35 kes, diikuti Tongod 28   kes, Kota Marudu 27 kes, Beluran 24  kes, Semporna 17 kes, Kunak 16 kes,  manakala Nabawan dan Pitas masing-masing 10 kes.

“Kalabakan merekodkan sebanyak lapan kes, Kudat lima kes, Tambunan empat kes dan tiada kes direkodkan di Kuala Penyu,” katanya.

Beliau berkata, satu kluster baharu dikesan iaitu Kluster Sawit Baiduri Lahad Datu yang merekodkan sebanyak 77 kes baharu.

Masidi berkata, daripada 2,103 kes hari ini, 1,229 (58.4 peratus) adalah saringan kontak rapat, manakala 532 kes (25.3 peratus) saringan bergejala dan 161 kes (7.6 peratus) daripada kluster-kluster sedia ada.

“Pesakit kategori dua adalah kumpulan terbanyak dengan 969 kes (46.1 peratus), kategori satu 582 kes (27.7 peratus), kategori tiga sembilan orang, kategori empat dan lima masing-masing tiga orang.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *