Empat Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai 23 Jun

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) di empat lagi lokaliti di Sabah.

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD selama 14 hari dari 23 Jun hingga 6 Julai ini susulan berlaku peningkatan jangkitan Covid -19.

PKPD di Sabah itu membabitkan dua lokaliti di Tawau, iatu Blok 11 Kampung Titingan selepas 13 dikesan positif dan Batu 7, Jalan Tinagat apabila 12 daripada 15 individu disaring positif.

PKPD turut dilaksanakan di Kampung Ejuk, Kota Belud, apabila lapan dikesan positif setakat ini.

Kampung Warisan, Kota Kinabalu, juga di Sabah turut dikenakan PKPD selepas 13 individu dikesan positif.

Ismail berkata, PKPD di tiga lokaliti dalam daerah Tawau, iaitu Taman Apas Permai, Bandar Sri Indah dan Taman Megah Jaya; Kampung Narandang, Kudat; Ladang FGV Kalabakan Selatan, Kalabakan, Sabah akan tamat bermula jam 11.59 esok.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *