Sabah Catat 318 Kes Positif Baharu COVID-19 Hari Ini

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatatkan sejumlah 318 kes baharu COVID-19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,105 kes baharu di seluruh negara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Tawau mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu sebanyak 90 kes.

Katanya, Lahad Datu pula mencatatkan 43 kes, Kunak 29 kes, Kota Belud 22 kes, Tuaran 19 kes, Kota Kinabalu 17 kes, Papar 13 kes, Kalabakan 12 kes, Penampang 12 kes, Putatan 11 kes, Kudat 10 kes. 

Kinabatangan dan Kuala Penyu masing-masing 8 kes, Ranau dan Beaufort masing-masing 6 kes, Sandakan 5 kes, Tenom, Sipitang dan Semporna masing-masing 2 kes serta Nabawan satu kes.

Katanya, daerah yang mencatatkan kes sifar adalah Tongod, Beluran, Telupid, Keningau, Pitas, Tambunan, Kota Marudu.

Menurutnya, Sabah juga tidak mencatatkan sebarang kluster baharu. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *