Patuhi SOP ‘Total Lockdown’ – Polis Sabah

Hazani Ghazali

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi terhadap mereka yang dikesan gagal mematuhi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan ‘total lockdown’ di Sabah.

Ini termasuk menugaskan seramai 2,075 anggota dan pegawai untuk pasukan pemantauan pematuhan bagi memastikan semua SOP ditetapkan sentiasa dipatuhi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, polis akan melaksanakan operasi scara tegas terutamanya kepada mereka yang sengaja melanggar SOP ditetapkan.

Katanya, masyarakat dinasihatkan supaya terus mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam usaha menurunkan kadar penularan pendemik Covid-19 di negeri ini.

“Polis memohon kepada masyarakat supaya sentiasa peka terhadap situasi penularan Covid-19 ini dan kita tidak akan bertolak ansur atau kompromi kepada sesiapa saja.

“Tindakan tegas termasuk kompaun akan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi menentang penularan Covid-19 di negeri ini, “katanya.

Selain itu, Hazani berkata, polis turut membuka sebanyak 62 Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negeri membabitkan seramai 1,584 anggota PDRM dn agensi berkaitan.

“Untuk keseluruhan kedua-dua penugasaan ini, PDRM akan menugaskan seramai 3,659 anggota dan pegawai PDRM dengan dibanti 1,995 agensi keselamatan lain,” katanya.

Sementara itu, Kerajaan Negeri juga mengumumkan penambahan sebanyak 26 SJR di seluruh Sabah bersempena pelaksanaan ‘total lockdown’ esok.

Langkah itu sebagai memastikan SJR dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). – AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *