Sabah Benarkan Pembalakan Ketika PKP

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun berkata, semua operasi huluan dibenarkan, iaitu pembalakan, pengangkutan kayu balak, pembangunan penanaman hutan, pemulihan hutan, inventori hutan dan rawatan silvikultur.

Katanya, aktiviti hiliran membabitkan import, eksport dan operasi kilang juga dibenarkan sepanjang tempoh ini.

“Tenaga kerja yang dibenarkan untuk sektor ini hanya merangkumi 50% pekerja sokongan dan 30% pekerja peringkat pengurusan pada satu-satu masa,” katanya dalam taklimat harian Covid-19.

Beliau berkata, pengusaha dibenarkan beropasi dari 6 pagi hingga 6 petang Isnin hingga Jumaat, dengan operasi hujung minggu tertakluk kepada kelulusan pegawai perhutanan daerah masing-masing.

“Tetapi, aktiviti rekreasi seperti mendaki, memancing, joging dan berbasikal, antara lain, tidak dibenarkan.”

Gerai makanan, termasuk di tepi jalan, dan trak makanan, penjaja serta medan selesa turut dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP. Bagaimanapun, hanya perkhidmatan bawa pulang atau pandu lalu dibenarkan dari 6 pagi hingga 8 malam setiap hari.

Selain itu, aktiviti cuci kereta juga dibenarkan. Masidi berkata, pengusaha perlu mengawal kemasukan pelanggan dan mereka dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 6 petang.

Bagi sektor pembinaan, lombong dibenarkan beroperasi 12 jam mulai 6 pagi setiap hari.

Katanya, Hospital daerah Kudat dijadikan hospital Covid-19, yang bermakna terdapat sembilan hospital sedemikian di Sabah, serta 38 pusat rawatan berisiko rendah di negeri itu setakat ini. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *