(VIDEO) Mabuk Telan Kunci Rumah

Kunci ditelan Chang ketika mabuk teruk.

Seorang pemuda berusia 26 tahun yang mengadu sakit pada dadanya terkejut apabila mengetahui set kunci rumah miliknya berada dalam saluran makanannya.

Menurut Daily Mail yang memetik berita tempatan melaporkan, lelaki dikenali sebagai Chang dari wilayah Guangdong itu keluar berhibur bersama rakannya selepas waktu kerja. Akibat terlampau mabuk, Chang tidak menemui kunci rumah di dalam poket lalu meminta ahli keluarga bukakan pintu untuknya.

Chang yang mengadu sakit dada keesokannya melakukan pemeriksaan sinar X dan esdoskopi di Hospital Rakyat Dongguan dan berjaya mengeluarkan objek asing berbentuk kunci menerusi satu pembedahan.

“Kunci itu terperangkap di bahagian bawah esofagus pesakit berhampiran perutnya.

“Disebabkan terlampau mabuk, pesakit kemungkinan tidak menyedari bahawa dia tertelan kuncinya,” kata Dr Xu Zhe yang merawat Chang.

Kemalangan luar biasa dialami pesakit Dr Xu bukanlah unik kerana pada April lalu, seorang wanita di Shenzhen terpaksa menjalani pembedahan selepas sengaja menelan sudu logam ketika cuba membuang tulang ikan yang tersangkut pada kerongkongnya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *