
KOTA KINABALU: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan menyokong GRS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Timbalan Presiden STAR, Datuk Ellron Angin yang juga ADUN Sook, mengesahkan perkara itu kepada media selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (presiden parti) sepatutnya sudah tahu mengenai perkara ini.
“Kami akan mengeluarkan kenyataan bersama mengenainya,” katanya merujuk kepada dirinya sendiri dan empat lagi ADUN, iaitu Datuk Flovia Ng (Tulid), Datuk Annuar Ayob (Liawan), Robert Tawiq (Bingkor) dan Datuk Abidin Madingkir (Paginatan).
Sebelum ini, Jeffry berkata parti STAR mungkin meninggalkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana tidak setuju bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada PRN17.
Jeffrey dilaporkan sudah membuat keputusan mengenai perkara itu selepas mesyuarat pemimpin parti komponen GRS di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini, malam tadi.
Difahamkan Robert tidak hadir kerana kurang sihat, manakala Jeffrey berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri sidang Parlimen.
Dalam mesyuarat Majlis Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS, menegaskan bahawa mana-mana ahli parti komponen dalam gabungan itu yang mahu bertanding menggunakan logo sendiri akan diberhentikan keahlian.
Jeffrey sebelum ini menyatakan bahawa keputusannya meninggalkan GRS adalah disebabkan oleh kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH).
SumbeR: Berita Harian
Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah