Polis Tahan Lelaki Miliki Dadah Jenis Syabu Di Tawau

Suspek semasa ditahan pihak Polis. – Foto Polis Daerah Tawau

TAWAU : Polis telah menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam satu serbuan yang dijalankan di Kampung Sungai Haji Matahir, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jasmin bin Hussin berkata, tangkapan dilakukan kira-kira jam 12.00 tengah hari oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menerusi pelaksanaan Ops Tapis.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh telah ditahan selepas pemeriksaan menemukan satu paket plastik lutsinar mengandungi hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.10 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi.

ACP Jasmin turut memaklumkan bahawa pihak polis sedang giat menjalankan risikan bagi mengenal pasti rangkaian pengedaran dadah serta mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dalam aktiviti ini.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *