Politik Di Sarawak Berbeza, Rakyat Sabah Wajar ‘Berpijak Di Bumi Nyata’

Salleh Said Keruak

KOTA KINABALU: Sudah tiba masanya rakyat Sabah berpijak di bumi nyata dan menerima hakikat bahawa realiti politik Sabah dan Sarawak berbeza.

Oleh itu, bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyeru rakyat  negeri ini supaya tidak terikut-ikut naratif songsang.

“Ada cubaan mahu pisahkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Sabah. Kononnya PH boleh diterima, BN tidak. Ini tidak logik.

“BN dan PH adalah tunjang kerajaan Madani di peringkat pusat. Mustahil dipisahkan kerana matlamat mereka sama, kestabilan, pembangunan dan masa depan rakyat,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook.

Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, jika  mahu ikut model Sarawak, semua parti nasional, termasuk BN dan PH, harus ditolak. 

“Tetapi Sabah berbeza. Di sini, kestabilan datang daripada kerjasama BN, PH, dan parti tempatan,” katanya.

Menurutnya, apa yang penting sekarang ialah kestabilan dan masa depan rakyat, bukan politik perpecahan.

“Kestabilan bukan datang dari memilih sebelah, tetapi dari berpadu atas matlamat bersama,” katanya.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *