
SANDAKAN : Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh melibatkan seorang wanita di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu 2½ di sini pada Ahad lalu.
Suspek berusia 31 tahun itu berjaya ditahan di kawasan Batu 2, di sini, pada jam 5.30 petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Ahsmon Hajah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam menyatakan mayat seorang wanita telah ditemui di lokasi kejadian.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang wanita berusia 58 tahun dan terdapat kecederaan di bahagian kepala dipercayai akibat dipukul menggunakan objek tumpul.
“Susulan penemuan mayat itu, hasil daripada risikan dan maklumat awam membawa kepada tangkapan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes ini untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Tambah beliau, susulan daripada tangkapan suspek itu juga pihaknya percaya telah berjaya menyelesaikan kes tersebut kurang dari 24 jam selepas ia dilaporkan.
“Bagaimanapun, kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabit kesalahan,” katanya.
Punca kebakaran belum dikenal pasti.Ikuti kami di Channel WhatsApp dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah