BEAUFORT: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas kenderaan dinaiki terbabas di Jalan Kampung Mendangin, Membakut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, kejadian jam 10 pagi membabitkan mangsa berumur 31 tahun.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis kompak yang terbabas sendiri dibahu jalan menyebabkan seorang mangsa wanita tersepit di dalam kenderaan terbabit.
“Pihak bomba yang tiba di lokasi menjalankan operasi dan berjaya mengeluarkan mangsa dari kenderaan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi.
“Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Sebaik memastikan tiada unsur bahaya lain di lokasi, operasi keseluruhan ditamatkan beberapa minit kemudian,” katanya.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost