Video Tular Tembok Konkrit Runtuh Bukan Di Sabah

Rakaman runtuhan yang ditularkan di media sosial.

KOTA KINABALU: Polis menafikan berlaku runtuhan tembok konkrit berhampiran sebuah pusat beli belah sekitar sini seperti yang dipaparkan dalam sebuah video yang tular.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, video berdurasi satu minit 18 saat itu tular di media sosial sejak petang Selasa.

“Tiada sebarang kejadian runtuhan tanah dilaporkan setakat ini dan kejadian dipercayai berlaku di luar negara tetapi ditularkan pihak tertentu kononnya ia berlaku di belakang sebuah pusat beli-belah, di sini,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Kasim meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian atau menularkan sebarang perkara yang tidak betul atau berita palsu.

Katanya, perbuatan itu boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial berdurasi satu minit 18 saat memaparkan runtuhan tembok konkrit hingga menghempap beberapa kenderaan yang parkir di kawasan berkenaan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *