Lelaki Ditahan Curi Barang Kemas Anak Saudara

TAWAU, 22 Julai 2024 : Seorang lelaki ditahan kurang 24 jam selepas dipercayai mencuri barang kemas anak saudaranya yang tinggal serumah di Taman Kuhara Jaya, Tawau petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, wanita berusia 34 tahun itu hanya menyedari dua bentuk cincin berlian dan dua bentuk cincin emas yang simpan di bilik mangsa telah hilang dipercayai dicuri kira-kira jam 9.00 pagi, nilai anggaran kerugian berjumlah RM30,000.

Katanya, laporan Polis telah dibuat oleh mangsa di Balai Polis Tawau kira-kira jam 11.03 pagi tadi.

“Bertindak atas maklumat sepasukan Polis Dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau telah memberkas seorang suspek lelaki tempatan berumur 55 tahun iaitu bapa saudara mangsa sendiri serta merampas semula barang kemas milik mangsa iaitu dua bentuk cincin berlian dan sebentuk cincin emas kira-kira jam 1.20 petang tadi di rumah yang sama.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, hasil semakan rekod jenayah lampau suspek mendapati terdapat empat rekod jenayah termasuk di Selangor dan Tawau, Sabah berkaitan dadah. – Facebook Polis Daerah Tawau

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *