RAMAI yang mulakan hari dengan kopi. Tapi, adakah ini amalan yang baik?
Sama ada ia sebagai sumber tenaga atau cara untuk bersosial, ramai orang sering melihat minum kopi sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka.
Malah, kopi juga sering dijadikan ‘kapsul’ membuatkan mata mengantuk menjadi terjegil semula.
Namun, di sebalik ada kebaikan dan keburukan minum kopi, seseorang itu perlu tahu banyak kopi mereka boleh minum sehari.
Secara purata orang dewasa boleh mengambil empat hingga lima cawan kopi sehari.
Menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), purata orang dewasa yang sihat sepatutnya boleh minum 400 miligram (mg) kafein sehari, iaitu sekitar empat atau lima cawan kopi.
American Academy of Pediatrics tidak mengesyorkan kanak-kanak dan remaja mengambil sebarang kafein, termasuk kopi.
Bagaimanapun, terdapat banyak faktor kafein boleh mempengaruhi tubuh, seperti ubat-ubatan atau kepekaan terhadap kafein.
Sesetengah orang cenderung untuk beralih kepada kopi tanpa kafein selepas tempoh masa tertentu, tetapi perlu diperhatikan bahawa walaupun kopi tanpa kafein masih juga secara tidak diketahui ia mengandungi kafein.
Untuk mengetahui sama ada anda telah melampau dengan pengambilan kopi atau tidak, terdapat beberapa gejala fizikal yang perlu diberi perhatian.
Kesan terlebih minum kopi
Kerana terlebih minum kopi akan boleh membuatkan anda menghidapi insomnia, kegelisahan, kebimbangan, degupan jantung yang cepat, sakit perut, loya dan sakit kepala.
Walaupun tidak semua orang mungkin mengalami gejala ini selepas minum terlalu banyak kopi, adalah penting untuk melihat reaksi terhadap simptom berkenaan.
Seharusnya anda berhenti minum apabila berdepan dengan situasi itu.
“Jika anda mula berasa terlalu letih dan kafein tidak membantu, maka anda perlu berhenti,” ulas jurucakap Akademi Pemakanan dan Dietetik dan pakar diet di Florida Kumpulan Pemakanan, Jessica Sylvester memberitahu NBC News.
“Jika jantung anda mula berdegup kencang, anda perlu berhenti. Ia berbeza untuk setiap orang, ” katanya lagi.
Tindak balas seseorang individu terhadap kafein juga boleh berubah apabila mereka berumur.
Walaupun anda mungkin boleh mengambil tiga cawan minuman pada usia 25 tahun, itu mungkin tidak berlaku pada 45 tahun .
Jika pengambilan anda melebihi 1,200 mg kafein, ia boleh membawa kepada kesan sampingan yang lebih teruk seperti sawan atau kematian.- Agensi
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost