Projek Komuniti Pelajar Teknologi Kimpalan KV Keningau Menang Anugerah Emas

KENINGAU : Sepasukan pelajar tahun akhir dari program Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional (KV) Keningau telah menerima anugerah emas atas projek komuniti yang dinamakan ‘Steel Steady’ melalui acara dalam talian SULAM Innovate Showcase Symposium anjuran Universiti Malaysia Kelantan.

Senarai penerima anugerah diumumkan secara langsung pada 2 Julai 2024 semasa majlis penutupan symposium tersebut dan pasukan ini berjaya meraih tahap anugerah tertinggi iaitu anugerah Emas dalam kategori projek komuniti.

Pasukan ini terdiri daripada lima pelajar iaitu Mike Edwin, Felix Alejandro, Brandon Alvin, Mohd Dazniel dan Pezzley Jerrexter yang telah melaksanakan projek komuniti ini di Sekolah Rendah Kampung Keningau yang melibatkan kerja-kerja penambahbaikan dan pemulihan.

Memandangkan mereka adalah pakar dalam bidang kimpalan yang melibatkan bahan-bahan berunsurkan besi, fokus projek komuniti ini adalah membaiki, mengganti dan merawat pagar, pintu gril dan susur tangan serta sebarang perabot dan bahagian bangunan yang diperbuat daripada logam.

Memandangkan bahan yang diperbuat daripada besi mudah berkarat dan menjadi rapuh, ianya boleh membahayakan mereka yang menggunakan bangunan tersebut.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Justeru itu, projek ini diwujudkan untuk meningkatkan keselamatan bangunan serta mengekalkan aspek estetika bangunan tersebut.

Ketua pasukan ini, Mike Edwin, menyatakan rasa gembira dengan pengiktirafan yang diterima oleh projek ini memandangkan khidmat komuniti sebegini harus dijadikan amalan bagi pelajar-pelajar jurusan vokasional agar mereka dapat menimba pengalaman yang lebih praktikal dan luas.

Pengarah KV Keningau, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada pasukan ini dan berharap agar projek komuniti sebegini dijadikan sebagai aktiviti sepanjang tahun kerana ianya mampu mendedahkan pelajar kepada konsep keusahawanan sosial dan meningkatkan potensi mereka untuk berbakti kepada masyarakat melalui kemahiran yang mereka pelajari.

Video pembentangan mereka berkenaan dengan projek ini boleh diakses melalui pautan YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *