Polis Sabah Sahkan Ketua Staf Operasi Darat ESSCOM Meninggal Dunia

Ketua Staf Bahagian Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Senior Asisten Komisioner Polis, Datuk M Chandra disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

KOTA KINABALU: Pesurujaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun mengesahkan Ketua Staf Bahagian Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Senior Asisten Komisioner Polis, Datuk M Chandra meninggal dunia awal pagi kelmarin.

Bagaimanapun, Jauteh menyatakan masa sebenarnya kematian mendiang belum diketahui setakat ini.

“Saya tidak dapat memberikan masa kematian sebenar kerana saya masih menerima mesej terakhirnya pada pukul 5.18 pagi tadi.

“Pihak HWKK Likas hanya memaklumkan mendiang sudah meninggal dunia sekitar pukul 8 pagi tadi.

“Punca kematian juga belum dapat dipastikan dan mendiang kini sedang berada di hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian sebenar,” katanya.

Mengulas lanjut, Jauteh memaklumkan Jenazah mendiang dijangka akan dibawa ke Wisma Fook Lu Siew, Kota Kinabalu untuk upacara memperingati dan penghormatan terakhir sejurus proses bedah siasat selesai.

Terdahulu, mendiang mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1994.

Mendiang M Chandra sebelum ini pernah memegang jawatan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu selama empat tahun bermula pada 2014 hingga 2018.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *