PAPAR: Selepas enam jam bertarung nyawa, seorang remaja lelaki yang sebelum ini diselamatkan daripada hampir lemas di Pusat Rekreasi TMEC, Ulu Kimanis, di sini, pagi tadi disahkan meninggal dunia malam ini.
Mangsa, Muhamad Haiqal Irwan, 18, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Papar, kira-kira jam 7.30 malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan, berkata mangsa yang diselamatkan oleh orang awam kemudian diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum dihantar ke Hospital Papar.
“Kira-kira jam 7.30 malam, mangsa disahkan meninggal dunia,” ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, mangsa dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama keluarganya di Pusat Rekreasi TMEC, Ulu Kimanis, kira-kira jam 11 pagi tadi.
Mangsa berjaya diselamatkan, namun tidak sedarkan diri dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost