KOTA KINABALU : Ketua Staf Operasi Darat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) SAC Datuk M Chandrasekaran, 56, meninggal dunia di sini awal pagi ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun yang mengesahkan perkara itu memaklumkan Chandrasekaran, meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas di sini.
Beliau berkata berdasarkan maklumat diperolehi, bapa kepada dua orang anak itu telah ke hospital tersebut sekitar pukul 8 pagi tadi dan punca kematian masih belum dapat dipastikan.
“Saya dan pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengucapkan takziah kepada keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Chandrasekaran yang bertugas dengan PDRM sejak 1994, pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu antara 2014 hingga 2018. – BERNAMA
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost