
BINTULU: Pasukan D’Sha Muayfit Tawau melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak 2024, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Wakil dari Sabah itu cemerlang sepanjang tiga hari berlangsungnya kejohanan itu, dengan meraih 12 pingat keseluruhan, iaitu 10 emas dan dua perak.
Tempat kedua didominasi sebuah lagi kelab dari negeri di bawah bayu, iaitu Sabah, juga dengan 12 pingat keseluruhan, iaitu sembilan emas dan tiga perak.
Tempat ketiga milik kelab Muaythai Kenyalang dengan 14 pingat keseluruhan, iaitu lapan emas dan enam perak.
Manakala itu, Sting Muaythai Club yang meraih 19 pingat keseluruhan, iaitu tujuh emas, 11 perak dan dua gangsa, menduduki tempat keempat.
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim, di Naim Paragon Street Mall, Bintulu, hari ini. – suarasarawak.my
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost