Dua Parah, Pacuan Empat Roda Terbabas Sendiri Di Semporna

asukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta berkenaan.

SEMPORNA: Dua lelaki parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas sendiri di Jalan bubul Kampung Simunul, di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.15 malam.

Katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama dua jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat dua mangsa lelaki berusia 21 dan 22 tahun mengalami kecederaan parah dalam kemalangan berkenaan.

“Seorang mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam, manakala seorang lagi yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa terbabit seterusnya dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kemalangan selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.30 malam,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *