Pelajar Teknologi Elektrik Menang Dana Untuk Laksana Projek Komuniti

KENINGAU : Sekumpulan pelajar daripada program Teknologi Elektrik Kolej Vokasional Keningau telah dipilih sebagai pemenang dana projek komuniti “Amal Fund” bagi idea mereka iaitu bengkel kemahiran penyelenggaraan soket dan peralatan elektrik.

Mereka diberitahu secara peribadi oleh pengasas Amal Fund itu sendiri iaitu Nurul Amalina Che Ariffin, seorang rakyat Malaysia yang kini bertugas di Amerika Syarikat, pada 18 Mac 2024.

Kumpulan itu menerima dana berjumlah RM 500 untuk melaksanakan bengkel tersebut.

Pasukan ini terdiri daripada lapan pelajar: Alleyson Voo, Claijster Christian, Glenn Nichles, Vincent Frankie, Nadiirah Naquyyah, Nur Effanddy Ramadhan, Evangelson Glorius dan Danniel Imannuel.

Mereka menamakan projek mereka “Be Your Own Handyperson” yang merupakan satu bengkel yang melatih pelajar kolej tentang cara-cara memeriksa dan membaiki soket dan peralatan elektrik seperti lampu dan kipas secara selamat dan betul.

Mereka mensasarkan pelajar kolej yang menyewa tempat tinggal sendiri kerana golongan ini lebih memerlukan kemahiran asas penyelenggaraan. Alleyson Voo, ketua pasukan tersebut, menyatakan rasa syukurnya kerana projek mereka telah dipilih sebagai penerima dana tersebut memandangkan ini adalah satu platform yang praktikal untuk membantu komuniti.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada pasukan ini atas inisiatif tersebut yang membolehkan mereka mengamalkan apa yang mereka telah pelajari di kolej itu.

Beliau berharap agar lebih ramai pelajar menggunakan kemahiran mereka untuk membantu komuniti secara sukarela.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *