Lelaki Hilang Dikhuatiri Dibaham Buaya

Pasukan operasi membuat tinjauan di lokasi mangsa dilaporkan hilang.

TAWAU: Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Sungai Udin, di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia 30 tahun itu disyaki dibaham buaya ketika sedang menyeberangi sungai menaiki rakit buluh yang membawa buah kelapa sawit.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.06 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Menurut pengadu, mangsa dibaham buaya ketika sedang menyeberangi sungai menaiki rakit buluh dengan muatan kelapa sawit.

“Pasukan bomba tiba di lokasi dan menjalankan operasi SAR di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini mangsa belum ditemui dan operasi SAR diteruskan. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *