Bomba Sabah Padam 3,900 Hektar Kebakaran Terbuka

Kota Belud mencatatkan kes kebakaran terbuka paling luas iaitu 725.8 hektar, diikuti Kuala Penyu (688.73 hektar) dan Tuaran (616.43 hektar).

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba Sabah berjaya memadamkan kebakaran terbuka melibatkan luas kawasan lebih 3,900 hektar antara 1 Jan lepas hingga semalam.

Pengarahnya Abdul Razak Muda dalam kenyataan berkata keseluruhan 1,435 kes kebakaran dilaporkan dalam tempoh tersebut dan pihaknya masih menjalankan operasi memadam kebakaran di kawasan seluas 1.49 hektar di Tuaran.

Beliau berkata kebakaran terbuka paling banyak berlaku di kawasan hutan membabitkan 578 kes selain di belukar dan lalang (746 kes) manakala kebun (96 kes) dan tanah gambut (43 kes).

“Daripada keseluruhan 27 daerah di Sabah, hanya tiga daerah iaitu Telupid, Tongod dan Kalabakan tidak mengalami kejadian kebakaran terbuka setakat ini,” katanya.

Beliau berkata daerah Kota Belud mencatatkan kes kebakaran terbuka paling luas iaitu 725.8 hektar, diikuti Kuala Penyu (688.73 hektar) dan Tuaran (616.43 hektar).

Katanya bagi semalam sahaja, pihaknya menerima laporan 43 kes kebakaran melibatkan luas kawasan 105.05 hektar. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *