Dua Maut, Lima Parah Nahas Di Jalan Apin-Apin

KENINGAU: Dua beranak maut manakala lima lagi termasuk ibu dan empat anak mereka parah selepas kenderaan mereka naiki terbabit kemalangan dengan sebuah pikap di Jalan Apin-Apin, tengah malam tadi.

Mangsa yang maut iaitu pemandu kenderaan jenis Toyota Avanza, Masino Gelong, 45, dan anaknya, Claeryina Mecthildis Masino, 4.

Mangsa yang parah iaitu isteri kepada Masino iaitu Chelrina Philip, 33, dan empat lagi anaknya iaitu Mattheo Charbel, 2, Mica Chelsino, 7, Charlene Myra, 9, dan Camellia Mae, 11.

Pasukan bomba memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera dalam kemalangan maut di Jalan Apin-Apin, Keningau tengah malam tadi. – Foto Bomba

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 12.22 tengah malam.

“Kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Toyota Avanza dan Nissan Navara. Terdapat tujuh mangsa dalam Toyota Avanza.

“Seorang kanak-kanak dan lelaki dewasa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, tiga mangsa di dalam kenderaan Nissan Navara dilaporkan cedera.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *