Bas Bertembung Treler, Dua Pelancong Maut Di Semporna

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dari bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 20 Jalan Lumpang, Semporna.

SEMPORNA : Dua pelancong maut manakala lima lagi cedera selepas bas persiaran yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 20 Jalan Lumpang, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa lelaki warga Singapura Lee Siong Huat, 60, dan wanita warga Vietnam, Ngo Trinh Buu Dung, 40, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Mazlan Sarman berkata, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 20 kilometer.

“Kemalangan melibatkan treler dan bas persiaran yang bertembung lalu terbabas ke tepi jalan. Terdapat tujuh mangsa berada dalam bas dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Dua mangsa wanita disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala tiga lagi mangsa lelaki parah telah dihantar ke Hospital Semporna menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Mazlan berkata, terdapat dua lagi mangsa membabitkan seorang kanak-kanak perempuan turut mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut.

“Kedua-dua kanak-kanak tersebut juga dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut dan pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Katanya lagi, operasi ditamatkan pada jam 5.32 petang selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *