Pelajar Berkeperluan Khas Kolej Vokasional Keningau Johan Pertandingan Boneka

KENINGAU : Sepasukan pelajar berkeperluan khas dari Kolej Vokasional Keningau, Sabah, telah mendapat pengiktirafan hadiah pertama dalam kategori persembahan boneka di festival seni Art Marathon in Germany pada 10 Januari 2024 anjuran European Association of Folklore Festival.

Pasukan ini yang telah merakam persembahan boneka bertajuk “Tambuakar” iaitu cerita etnik yang berasal dari Papar, Sabah, terdiri daripada empat orang pelajar yang mempunyai masalah pendengaran dan empat orang pelajar yang mengalami masalah pembelajaran.

Pelajar-pelajar tersebut adalah Danial Edrin Bin Roslan, Mohammad Hanif Haiqal, Muhamad Shazric, Radet Jainol, Mohammad Rezwanddy Bin Mohammad Ali, Johan Bin Jomilin, Shahrul Adha Bin Mohd Damsi dan Mohd Nur Syafiri Bin Jaiman. Mereka adalah pelajar tingkatan empat kolej tersebut yang mengambil sijil kemahiran Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai SKM.

Mereka telah merakam persembahan boneka yang bertajuk Tambuakar yang merupakan seekor naga mitos yang dipercayai tinggal di dalam sungai Padas iaitu salah satu sungai yang terpanjang di Sabah.

Menurut cerita dahulu kala, naga tersebut tinggal di dalam hutan sebelum beralih ke sungai akibat penempatan manusia.

Apabila naga itu berasa terganggu, ianya akan melibaskan ekornya yang menjadi puncah air bah yang membanjiri kampung berhampiran.

Pelajar pendidikan awal kanak-kanak kolej itu, Siti Nur Hanisah Omar Hashim, merupakan pembimbing persembahan ini.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin bin Akup, meluahkan rasa terharu dengan pencapaian pasukan pelajar-pelajar ini yang gigih membuktikan bahawa pelajar berkeperluan khas mempunyai kemampuan yang sama seperti pelajar-pelajar lain sekiranya diberi kepercayaan, sokongan dan platform yang sesuai dengan kebolehan mereka. Dia juga percaya aktiviti sebegini mampu menyemarakkan amalan seni dan budaya di kalangan pelajar.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman video persembahan tersebut boleh diakses melalui pautan YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *