Polis Cekup Empat Penagih Dadah Di Kebun Sawit

Gambar Polis Daerah Tawau

TAWAU :  Empat lelaki telah ditahan pihak polis ketika leka menagih dadah di sebuah kawasan kebun kelapa sawit, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata sepasukan polismembuat Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) di kawasan sekitar Merotai telah menerima maklumat awam mengatakan terdapat aktiviti penyalahgunaan dadah di kebun kelapa sawit Bukit Sungai Udin, Tawau.

Katanya aetibanya dilokasi, anggota bertugas menangkap empat lelaki yang sedang leka dan khayal.

Menurutnya pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan suspek tidak menjumpai apa-apa barang salah dan saringan ujian air kencing ke atas semua suspek telah dibuat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau dan keputusannya adalah positif.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman dan disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *