KENINGAU : Pasukan pelajar jurusan Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Keningau telah membentang projek tahun akhir mereka di persidangan dalam talian International Health, Engineering, and Sciences Conference yang berlangsung melalui aplikasi Zoom dari 24 sehingga 26 November 2023.
Persidangan anjuran Academy of Scientific and Educational Studies (ASES) yang berpusat di Turkiye itu mempertengahkan beberapa pembentangan dari beberapa negara.
Pasukan ini terdiri daripada tiga pelajar tahun akhir iaitu Mohd Syazwan Ruhilin, Mohd Fakhrul Zufayri dan Bayad Billy Alexander.
Mereka telah menambahbaik sebuah alat yang membantu menurap simen secara sama rata di permukaan lantai untuk pemasangan jubin.
Mereka bercadang untuk memasang motor berkuasa elektrik untuk membolehkan projek ini beroperasi dengan lebih mudah.
Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Nordin bin Akup, berasa gembira dengan usaha pelajar ini yang cuba memudahkan langkah kerja asas pembinaan yang relevan denga napa yang mereka pelajari.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost
Rakaman video pembentangan pelajar ini boleh diakses melalui pautan YouTube :