Kastam Sabah Rampas Rokok Seludup Bernilai RM868,208, Warga Emas Ditahan

Nasir Deraman (tengah) menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas dari stor sebuah rumah di Kampung Kubang Paya, Semporna dalam sidang media hari ini.

TAWAU: Jabatan Kastam menahan seorang warga emas dan merampas rokok seludup berjumlah RM868,208 termasuk cukai dalam stor sebuah rumah di Kampung Kubang Paya, Semporna pada 24 Nov lepas.

Penolong Ketua Kastam Zon Sabah, Nasir Deraman, berkata lelaki berusia 60-an itu ditahan pada 12 tengah hari hasil maklumat orang awam.

“Hasil pemeriksaan di rumah berkenaan menemui 1,009,600 batang rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM183,520 dan cukai dianggarkan RM684,688. Semua rokok itu dipercayai dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

“Modus operandi ialah membawa masuk rokok dari negara jiran dan sebuah rumah dijadikan stor penyimpanan sementara, sebelum dijual dan diedar ke pasaran sekitar,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan orang awam dinasihatkan memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan melalui talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *