Polis Tahan Lelaki Tempatan Bersama 10 Paket Syabu Di Ladang Sawit

TAWAU : Polis (PDRM) Tawau berjaya menangkap seorang lelaki di kawasan Kebun Kelapa Sawit, Kampung Kijang, Merotai Besar, Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, tangkapan dibuat di dalam kawasan kebun kelapa sawit susulan daripada intipan dan pemerhatian anggota polis dari Balai Polis Bombalai yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Bombalai, Sarjan Mejar Azwan Bin Petrus.

“Sekitar jam 4.00 petang, satu serbuan mengejut di kawasan kebun telah dijalankan dan telah menahan seorang lelaki kelihatan mencurigakan.

Setelah memperkenalkan diri sebagai seorang anggota polis, pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan suspek menjumpai 10 paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki syabu anggaran kasar lebih kurang 1.00gram, tambahnya lagi.Suspek dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Polis Tawau juga berjaya menahan (4) orang lelaki di kawasan yang sama kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Hasil ujian awal air kencing yang dijalankan mendapati kesemuanya positif dadah jenis syabu. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *