Bayi Ditinggalkan Di Hadapan Masjid Taman Sri Gaya Dengan Nota Mohon Maaf Tak Mampu Jaga

Masjid Taman Seri Gaya

KOTA KINABALU: Seorang bayi perempuan berusia hampir seminggu ditinggalkan di dalam kotak bersama nota di hadapan Masjid Taman Seri Gaya, Jalan Maktab Gaya, Luyang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, bayi yang cukup sifat itu ditemukan oleh seorang imam masjid di dalam sebuah kotak di hadapan masjid berkenaan.

“Berdasarkan nota yang ditinggalkan, bayi cukup sifat itu dilahirkan pada 31 Oktober lalu. Individu yang meninggalkan bayi tersebut memohon maaf kerana tidak dapat menjaga bayinya atas faktor ketidakmampuan.

“Malah, dia juga meminta agar bayi tersebut dihantar ke rumah anak yatim,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendedahkan dan membuang kanak-kanak yang umurnya kurang daripada 12 tahun oleh ibu bapa atau penjaganya. 

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Susulan itu, beliau menyarankan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Hatikah A hmad ditalian 016-8337246.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *