Polis Siasat Video Tular “Security Lanyak “Rider”

Kredit Tangkap Layar Video Tular

POLIS dilaporkan sedang menjalankan siasatan berhubung satu insiden pergaduhan yang membabitkan seorang penghantar barangan dan pengawal keselamatan dalam video yang tular pada hari ini, lapor Sinar Harian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nazron Abd Yusof berkata bahawa siasatan lanjut berkaitan kejadian itu masih lagi sedang dijalankan.

“Saksi terlibat dalam kejadian telah dikenal pasti dan akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Kertas siasatan berkaitan kejadian turut dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sebelum ini, video pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah bangunan di ibu kota telah tular di media sosial.

Menerusi video perkongsian tersebut, pergaduhan dipercayai tercetus selepas penghantar barangan itu tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan terbabit.

Bagaimanapun, pelanggan penghantar barangan terbabit bertegas agar penghantar itu dibenarkan masuk ke bangunan untuk menghantar barangan tersebut.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *