MetMalaysia Tidak Keluar Amaran Tsunami, Siren Berbunyi Dikhuatiri Masalah Teknikal

KOTA KINABALU, 4 Nov : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjelaskan tidak mengeluarkan sebarang amaran atau nasihat tsunami pada masa ini susulan kejadian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Kota Belud, Sabah yang berbunyi awal pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kejadian siren SAATNM di kawasan Masjid Imam Haji Mustapah, Kota Belud, yang berbunyi dikhuatiri kerana masalah teknikal.

“… tindakan sewajarnya sedang diambil. MetMalaysia memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kesulitan yang timbul ekoran kejadian ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan maklumat sahih berkenaan gempa bumi dan tsunami menerusi laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia serta hotline 1-300-221638. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *