KOTA BELUD : Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Jeti Mantanani di sini, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11.26 malam.
Katanya, hasil maklumat awal daripada saksi, mangsa dikenali sebagai Yusri Dulpi, 20, disambar buaya ketika memancing.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan jeti dilancarkan dan disambung semula pada 6.58 pagi ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, radius pencarian satu kilometer menyusuri tebing sungai menggunakan bot.
“Setakat ini mangsa belum ditemui dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.
Operasi SAR dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Hidupan Liar Sabah. – HMetro
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost