Dua Beradik Rentung Dalam Kebakaran

Keadaan kebakaran enam rumah hingga mengorbankan dua beradik di Kampung Pulutan, Manggatal, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Dua beradik ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran membabitkan enam rumah di Kampung Pulutan, Manggatal, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa Jayraiyen Jabri, 5, dan abangnya Jackron, 6, ditemui selepas api dipadamkan pasukan bomba dan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi, berkata seramai 35 pegawai dan anggota dari BBP Lintas dan Kota Kinabalu bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 1.03 tengah hari.

“Sebaik tiba di lokasi, operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran dan dua pancutan dengan sumber air jentera.

“Kebakaran membabitkan enam rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya. “Terdapat dua kanak-kanak ditemukan rentung di lokasi kebakaran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Kerja-kerja pemadaman masih diteruskan dan operasi terkawal pada jam 2.53 petang. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *