Miliki Senjata Api Beserta Peluru, Warga Asing Ditahan

Foto Polis Daerah Tawau

TAWAU, 28 Ogos 2023 : Polis menahan seorang warga asing kerana memiliki senjata api serta peluru hidup jenis bakakuk dalam operasi khas yang dijalankan, 26 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, suspek ditahan sepasukan anggota dari Polis dari Balai Polis Tawau dan Balai Polis Kalabakan dikawasan ladang Serudung Kalabakan kira-kira jam 7.30 malam.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Tawau dan Balai Polis Kabakan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Balai telah membuat serbuan di salah sebuah rumah pekerja di kawasan ladang serudung Kalabakan dan menahan seorang lelaki warga asing, ketika pihak Polis menjalankan tangkapan, suspek bertindak agresif dan berlaku pergelutan antara Polis dan suspek yang cuba untuk melarikan diri,” katanya.

Foto Polis Daerah Tawau

Dalam pada masa yang sama, Polis turut menahan seorang lagi lelaki warga asing yang tinggal bersama suspek kerana dipercayai penagih dadah jenis syabu.

Pemeriksaan lanjut, Polis menjumpai sebilah parang panjang dan selaras senapang buatan sendiri jenis bekakok beserta dua laras senapang angin beserta satu bekas plastik putih berisi tujuh butir peluru berlainan jenama yang disorokkan di dalam bilik suspek bersama dua paket plastik jernih mengandungi ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu.

Ujarnya, kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat), Seksyen 324/326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, sebelum ini pihak Polis telah menerima laporan oleh seorang individu lelaki yang mengatakan salah seorang pekerjanya cedera di bahagian jari tangan kiri akibat daripada kesan tetakan senjata tajam.

Dalam pada itu, Polis turut merampas sebilah parang, satu laras senapang angin buatan sendiri jenis bekakok, dua laras senapang angin buatan sendiri dan tujuh butir peluru hidup berlainan jenis.

SumbeR: Facebook Polis Daerah Tawau

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *