Polis Rampas Syabu 7.4KG Di Tawau

TAWAU : Sidang media oleh Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Bin Hussin diiringi oleh Ketua Polis Balai Tawau, ASP Jafri Bin Abdul Hamid, Pegawai Kanan Polis serta Pegawai Rendah Polis telah diadakan di Bilik Mesyuarat IPD Tawau susulan kejayaan tangkapan dan rampasan dadah jenis syabu oleh Balai Polis Tawau.

Ketika menjalankan penugasan harian membuat pemantauan pemerhatian di kawasan Jeti Awam, Pelabuhan Tawau , Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tawau dari Balai Polis Tawau telah menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang membawa satu karung guni warna putih.

Hasil pemeriksaan dalam karung guni warna hijau dijumpai satu tong cat yang mengandungi 7 plastik warna hijau bertulis “Guanyinwang” bersama 2 bungkusan plastik berisi tepung gandum.

Pemeriksaan lanjut didalam ketujuh-tujuh bungkusan plastik warna hijau bertulis “Guanyinwang” tersebut didapati mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 7.4 Kilogram dengan anggaran harga bernilai RM 444,400.00.

Suspek adalah seorang lelaki bukan warganegara berumur 22 tahun. Semakan rekod lampau mendapati suspek tiada sebarang rekod jenayah dan ujian saringan air kencing juga adalah negatif.Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes akan disiasat dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ACP Jasmin dalam kenyataannya berkata “ pihak polis kini sedang giat menjalankan usaha mengesan rangkaian pengedaran dadah bagi membantu siasatan.

Kerjasama daripada maklumat awam amatlah dialu-alukan untuk bersama-sama membendung dan membanteras kegiatan pengedaran dadah di Negeri Sabah dan Daerah Tawau secara khususnya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

SumbeR : Facebook Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *