Budak Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 10 Di Labuan

Mangsa ditemukan di tingkat satu bangunan apartment Ganggarak Permai, Labuan.

LABUAN : Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 bangunan apartment Ganggarak Permai, di sini pada awal pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu, mayat mangsa ditemukan di tingkat satu bangunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Ahmad Jawila berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak warga tempatan itu tinggal di tingkat 10 dipercayai telah terjatuh dari bahagian tepi bangunan berpagar berdekatan dengan lif apartment tersebut.

“Pegawai perubatan telah hadir di lokasi pada kira-kira 7.42 pagi dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya lagi, mangsa telah dibawa ke Hospital Labuan dan di diserahkan ke Unit Forensik untuk proses bedah siasat.

“Siasatan awal polis mendapati tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Pihak polis memohon orang ramai yang melihat kejadian ini untuk tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan di talian 087-412222,” katanya. – SINAR

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *