Ceroboh Rumah Pemain Bola Sepak Sabah, Bekas Kekasih Ditahan

Polis menahan wanita itu kira-kira 8 malam Rabu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. – Foto Hiasan

KOTA KINABALU : Polis menahan seorang wanita dipercayai menceroboh kediaman pemain bola sepak Sabah yang juga bekas kekasihnya.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah, berkata pemain Liga Super itu membuat laporan Sabtu lalu mendakwa pintu rumahnya dirosakkan wanita berkenaan.

Susulan itu, katanya, wanita terbabit ditahan kira-kira 8 malam tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

β€œDengan tertangkapnya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan kes ini,” katanya menurut Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi Arena Metro memberitahu kes terbabit masih dalam siasatan dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik πŸ‘‰ https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *