Umat Islam Sambut Aidiladha 29 Jun

Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Korban, pada 29 Jun, Khamis.

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444 Hijrah ialah pada 20 Jun 2023 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 29 Jun 2023 Masihi,” menurutnya dalam pengumuman yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *