Dedah Surat Pentadbiran Warisan Berkait Pemberian Khas Sabah, Kata Armizan

Armizan Ali berkata, pemberian khas itu memberi manfaat langsung kepada rakyat Sabah.

KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Armizan Ali menggesa kerajaan Sabah mendedahkan surat kepada Kementerian Kewangan pada 2019 mengenai kadar pemberian khas kepada negeri itu.

Beliau dipetik Borneo Post berkata, surat itu perlu dinyahklasifikasikan “supaya rakyat Sabah dapat melihat fakta sebenar mengenai pemberian khas itu”.

Katanya, kadar ditawarkan kerajaan Warisan pada 2019 itu “jauh lebih rendah” daripada penyelesaian interim di bawah kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), iaitu bermula dengan kadar RM125 juta setahun pada 2022.

Kadar itu adalah penyelesaian interim terhadap pertikaian berterusan berhubung formula perkongsian pendapatan antara kerajaan persekutuan dan negeri.

Ahli Parlimen Papar itu adalah bekas ahli Bersatu yang menyertai GRS Disember lalu. Beliau adalah menteri hal ehwal Sabah, Sarawak dan tugas-tugas khas.

Katanya, penyelesaian interim diperoleh GRS tahun lalu itu memberi manfaat langsung kepada rakyat Sabah, antaranya projek perumahan bagi golongan kurang berkemampuan. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *