Dr. Velerie Menang RISE Educator Award 2023

KENINGAU : Dr Velerie Wheelervon Primus yang juga merupakan seorang guru pendidikan khas di SK Bingkor telah dianugerahkan “RISE Educator Award 2023” anjuran Taylor’s College di Kuala Lumpur pada 27 Mei 2023.

Sebagai pemenang anugerah tersebut, dia menerima wang berjumlah RM 2,000.00 dan sekolahnya menerima RM 10,000.00.

Guru ini memegang prinsip “Kerana Seni Itu Indah”. Dengan berpegangkan kepada prinsip inilah Guru ini pernah memenangi 12 Anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Antara anugerah yang pernah di menanginya adalah Guru Pamer keunggulan 2022, Guru Ikon Budaya Negeri Sabah 2021 dan 2022, Guru Inovasi 2022, Calon Guru Seni Persembahan Peringkat Kebangsaan 2023, Anugerah Ketua Menteri Sabah 2018, Anugerah Menteri Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah 2019, Golden Award Folklore Dance Russian Federaration 2021 dan Memenangi lebih 10 anugerah emas dalam pertandingan inovasi. Guru ini juga aktif dalam penghasilan modul pembelajaran murid, penghasilan penulisan kajian tindakan dan penulisan kajian penyelidikan.

Menurut Guru Besar Sk Bingkor, Madalina Juanis, guru ini banyak membantu sekolah dan juga membantu murid dalam meningkatkan kemahiran asas membaca dan juga kemahiran menulis.

Guru ini komited dan mempunyai hala tuju yang jelas dalam membangunkan dan mendidik terutamanya dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Pedalaman Negeri Sabah.

Penyertaan Rise Educator Award 2023 ini menjadi medium kepada guru ini untuk menyampaikan advokasi beliau iaitu “Memartabatkan Hak Murid Berkeperluan Pendidikan Khas”.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Zainal Bin Abas, Pengarah Bahagian Sumber Dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Josephine Tan, Pengarah Kampus Taylor’s College.

Menurut guru ini, wang kemenangan bernilai RM 10,000 yang diperolehi daripada anugerah ini akan disalurkan kesemuanya sekali untuk membangunkan sebuah bilik sensori khusus untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di SK Bingkor Keningau.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *