
LABUAN: Seorang bapa berusia 48 tahun maut manakala dua anak perempuannya cedera selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di Kampung Layangan malam tadi.
Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Abd Rashid Bahari sementara anaknya Nur Aqeesha, 8, dan Nor Izah Batrisyah,10, cedera dalam nahas 8 malam itu.
Ketua Balai Bomba Layangan, Huzyman Malikin berkata beliau menerima panggilan kecemasan pada 8.26 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata pihaknya mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan kerana kerosakan teruk pada bahagian depannya.
“Kami menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata operasi menyelamat selesai pada 9.25 malam.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost