Malaysia Mula Berpuasa Esok

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan tarikh permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia.

KUALA LUMPUR : Penganut Islam di Malaysia akan mula berpuasa Ramadan esok 23 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Syed Danial Syed Ahmad malam tadi, menurut laporan Bernama.

Tarikh permulaan puasa bagi seluruh Malaysia itu ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong dengan perkenan raja-raja, selepas melihat anak bulan petang tadi.

Rabu lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, menerusi satu kenyataan, menetapkan hari ini bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia.

Proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi seluruh negara antaranya di Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

Majlis Raja-raja juga mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *