Pelajar KV Keningau Raih Pengiktirafan Melalui Video Komik

KENINGAU : Seorang pelajar pendidikan awal kanak-kanak dari Kolej Vokasional Keningau, Rissy Rachell Richard, telah dianugerahkan tempat pertama di festival seni “Art Marathon in France” pada 5 Februari 2023 dalam kategori video komik.

Pertandingan itu dianjurkan oleh persatuan seni European Association of Folklore Festivals (EAFF).

Pelajar ini telah menghasilkan karya komik yang dilukis dan ditulisnya sendiri. Ianya berjudul “Roses” iaitu bunga-bunga mawar yang melambangkan maksud tersirat dalam kisahnya yang cuba disampaikannya melalui komik ini.

Ianya menceritakan seorang remaja perempuan yang merasakan dirinya tidak dipedulikan oleh ahli keluarga serta rakan sekolah seolah-olah dia tidak wujud.

Tema karya komik ini adalah konsisten dengan isu kesihatan mental yang semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat dan agensi-agensi kerajaan termasuklah sekolah.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Puan Christine Stanislaus Kinsik, sangat menyokong penglibatan pelajar ini dalam pengkaryaan seni penulisan dan visual sebegini yang merupakan aktiviti yang sihat bagi pelajar untuk menggilap bakat dan menzahirkan imaginasi dan perasaan mereka. Dia berharap agarnya ianya menjadi amalan dikalangan warga kolej.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Rakaman video komik pelajar ini boleh ditonton melalui pautan YouTube:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *