TAWAU : Sebanyak 12 buah rumah jenis tidak kekal musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Guru, Kampung Jawa Tawau, tengahari tadi.
Ketua Zon, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Sukur Hatta berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.38 tengahari.
Katanya, keadaan cuaca panas serta struktur rumah yang diperbuat daripada kayu menyebabkan api cepat merebak ke kediaman lain.
Namun, api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 1.52 tengahari.Operasi memadam kebakaran kali ini turut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB) Tawau dan Bomba Komuniti Kampung Titingan.
Sementara itu, mangsa kebakaran yang ditemui pemberita Zubaidah Samsudin dan Nuratikah Osman, redha dengan musibah yang berlaku dan berharap pihak berkaitan dapat menghulurkan bantuan mereka dan mangsa lain yang tinggal sehelai sepinggang.
Kredit : Facebook Tawau Syurga
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost