Kes Covid-19 Dijangka Meningkat Dalam Tempoh 2 Minggu, Kata Noor Hisham

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan jangkitan ke baharu Covid-19 akan meningkat dalam tempoh seminggu ke dua minggu akan datang selepas lebih 11,000 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu juga disebabkan saringan besar-besaran dilakukan di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan termasuk di kawasan tempat kerja yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD).

“Katanya kes meningkat sebab Selangor, KL dan Negeri Sembilan mula dikenakan PKPD, jadi saringan kita tingkatkan, malah saringan kepada pekerja juga dilakukan dan saringan dalam komuniti kita tingkatkan ini menyumbang kepada peningkatan kes.

“Ia juga hasil saringan bersasar yang dijalankan termasuk kilang dan tempat kerja yang dibenar operasi perlu melakukan saringan.

“Kita jangka kes akan bertambah, 3 Julai kita mula (PKPD di beberapa lokaliti di Selangor, KL dan Negeri Sembilan) baru seminggu, jadi kes mungkin akan bertambah seminggu dua lagi sebelum kita akan lihat kestabilan kes,” katanya pada sidang media khas bersama Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

Katanya, saringan juga ditingkatkan kepada 120,000 sehari dan akan terus dipertingkatkan lagi.

Beliau berkata, antara faktor peningkatan kes juga adalah disebabkan varian Delta yang lebih cepat merebak ketika ini dan Delta menjadi domina.

Katanya, varian berkenaan merebak dengan cepat dengan nilai kebolehjangkitan (Rt) antara 5 hingga 8, berbanding virus Covid-19 pertama yang dikesan di Wuhan, China iaitu nilai Rt sekitar 2.5 hingga 3.

“Ini menjadikan 100 individu yang dijangkiti oleh varian Delta ini mampu menjangkitkan lebih 800 individu lain.

“Delta ini merebak dengan cepat dan jangkitan ini adalah melalui udara. Dalam masa yang singkat sahaja ia boleh dijangkiti,” katanyA.

Noor HIsham turut memaklumkan 85% kadar jangkitan ketika ini berada di tahap 1 dan 2 sementara 15% berada pada tahap 3, 4 dan 5.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham turut memaklumkan kesesakan yang berlaku di hospital ketika ini disebabkan

tempoh rawatan pesakit Covid-19 yang panjang bagi kategori 4 dan 5.

Katanya, tempoh bagi merawat pesakit Covid-19 kategori 4 adalah 14 hari, manakala bagi kategori 5 pula sehingga 21 hari.

“Walaupun jumlah kedatangan pesakit Covid-19 adalah tinggi, kita tidak boleh menolak pesakit itu untuk menerima rawatan dan tetap memberikan ruang kepada mereka sebelum dirujuk ke hospital lain termasuk swasta dan daerah-daerah yang mampu merawat.,” katanya.

Kit ujian air liur dimuktamad esok

Dalam perkembangan lain, Noor Hisham turut memaklumkan, KKM akan memutuskan panduan penggunaan kaedah pengambilan sampel air liur bagi ujian saringan Covid-19 esok.

Katanya, kaedah menggunakan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) itu mampu meningkatkan aktiviti saringan di lapangan.

Mengulas keberkesanan vaksin, Noor Hisham berkata dua dos vaksin diterima rakyat negara ini mampu mengurangkan sehingga 50% kebarangkalian seseorang dijangkiti menyebarkannya kepada orang lain.

Malah katanya, semua vaksin yang diterima Malaysia ketika ini juga berkesan terhadap penularan varian baharu Covid-19.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *