Lelaki Tergolek Ke Dalam Gaung Sejauh 90 Meter

Lelaki yang diselamatkan bomba selepas terjatuh dalam gaung. – Foto Bomba

TUARAN : Lelaki terselamat selepas terjatuh ke dalam gaung sejauh 90 meter dari rumahnya di Kampung Logkou Baru, Kiulu di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang dikenali Terry Herry, 38, cedera ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.24 pagi.

Katanya, seramai enam anggota dikerah ke lokasi kejadian dengan satu kenderaan utiliti pacuan empat roda serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba di lokasi, keluarga mangsa yang mendiami rumah di cerun bukit itu memaklumkan mangsa terjatuh dan dilihat tergolek sebelum hilang keadaan gelap.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mencari mangsa sebelum ditemui sejauh 90 meter di kawasan semak,” katanya.

Menurut Abdul Qawie, mangsa ditemui dalam keadaan sedar dan hanya mengalami luka ringan.

“Mangsa dibawa naik menggunakan tali dengan konsep ‘receo’ ke laluan alternatif dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 5.30 pagi,” katanya. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *