Pelancong Asing Ke Sabah Tak Perlu Jalani Ujian Covid-19 Prakemasukan

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU : Semua pelancong asing yang masuk ke Sabah tidak lagi perlu menjalani ujian Covid-19 prakemasukan dan mengemukakan sijil vaksinasi bermula semalam, kata Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Beliau berkata, Jemaah Menteri Sabah semalam membuat keputusan itu bagi menyeragamkan sepenuhnya prosedur kemasukan pelancong asing ke negeri itu dengan prosedur di peringkat Persekutuan.

“Jemaah Menteri hari ini memutuskan bahawa prosedur kemasukan semua pelancong asing ke Sabah adalah diseragamkan sepenuhnya dengan dasar ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Dengan itu semua pelancong asing tidak perlu menjalani ujian saringan Covid-19 prakemasukan dan tidak perlu mengemukakan sijil vaksinasi semasa masuk ke Sabah,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi. .

Sebelum ini, kerajaan negeri memutuskan berkuat kuasa 8 Januari, semua pengembara dari China yang masuk ke negeri itu perlu mengemukakan ujian Covid-19 yang negatif dan perlu lengkap vaksinasi. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *